"Cikgu suka main bola, hari2 cikgu main bola"
"Cikgu suka main bola, hari2 cikgu main bola""Cikgu suka tidur, hari2 cikgu tiduurr!!" Mari main!!!
Hahaaa..
Itulah dialog yang diucapkan oleh beberapa orang murid Cikgu Shaari lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Orang yang pertama disuruh oleh Cikgu Shaari dalam filem Masam-masam Manis pada tahun 1965 adalah Nordin bin Hanafi.
Nordin bin Hanafi kini yang berusia 65 tahun beliau sekarang menetap di Bandar Baru Bangi..bekerja dengan syarikat Aircond Hitachi..telah dapat dikesan dengan bantuan netizen.
Selain dari Pakcik Nordin Hanafi, turut dapat dikesan adalah Ketua Darjah kelas Cikgu Shaari.
Beliau adalah Tuan Haji Abdul pada ketika itu berumur 12 tahun dan berada dalam Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Ulu Klang.
Haji Abdul Razak kini telahpun bersara setelah berkhidmat di Jabatan Kerjaraya (JKR) Negeri Selangor dan kini menetap di Seksyen 9 Shah Alam bersama Isterinya Hjh Habibah Hj Jafri
Katanya setiap pelajar yang terlibat berlakon didalam filem tersebut diberi saguhati RM5.00 oleh Tan Sri P.Ramlee.
Kredit: Izham Ku Zaifah (anak saudara)
Salam... Boleh hubungi sy. 0122769091...sy ingin berjumpa dgn org yg berlakon dgn p. Ramlee....
ReplyDeleteBeliau telah kembali kerahmatullah pagi tadi. AL-Fatihah
ReplyDeletePost a Comment