Pesanan Terakhir Buat Echa dari Arwah Bakal Suami Yang Meninggal Beberapa Hari Sebelum Majlis Perkahwinan


"Jangan risau, saya akan jadikan awak wanita terakhir dalam hidup saya." Begitulah kata-kata terakhir yang masih terngiang-ngiang diucapkan oleh bakal suaminya itu,  Allahyarham Nor Helmee Roslan, 23, kepada bakal isterinya, Nur Khaiun Illyasha Musa, 23 yang lebih dikenali dengan nama Echa.
Jodoh di antara arwah dan Echa tidak kesampaian setelah bakal suaminya itu maut akibat kemalangan jalan raya di Singapura, 28 April lalu.
Keluarganya terpaksa menggantung kain rentang di rumahnya di Johor Bahru utnuk memaklumkan kepada para tetamu yang hadir bahawa majlis perkahwinannya tersebut yang dijadulakan pada hari semalam terpaksa dibatalkan kerana bakal suaminya telah kembali ke Rahmatullah
Keitka dihubungi oleh wartawan Harian Metro, Echa teringatkan kata-kata bakal suaminya itu.

"Dia selalu ingatkan saya supaya jadi kuat. Jika suatu hari dia tiada siapa yang akan memberi 'support' (sokongan) kepada saya dan tenangkan saya. Saya mesti kuat," katanya yang begitu sedih mengenangkan saat-saat indah hubungan cinta mereka yang telah terjalin selama dua tahun kini berakhir dengan kehilangan nyawa bakal suaminya itu.
Bila terkenangkan arwah, Echa berkata, dia hanya mampu untuk sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.

 








"Apabila teringat barang hantaran kami seperti gelang, cincin pertunangan dan jam tangan yang dihadiahkan pada hadiah hari lahir saya terasa sangat sedih dan pilu. Saya hanya mampu sedekahkan al-Fatihah dan doa supaya dia tenang di sana.
"Walaupun saya nampak tabah, tetapi hati saya siapa yang tahu. Susah juga sebenarnya nak terima kenyataan namun saya harus reda," katanya.
"Ramai rupanya yang sayangkan dia dan turut memberi semangat kepada saya. Ramai orang sedekahkan al-Fatihah kepada dia." Setelah berita tersebut menjadi viral di facebook
Keluarga Echa berpendapat cara terbaik untuk memaklumkan berita sedih itu kepada para tetamu jemputan majlsi perkahwinannya adalah dengan menggantung kain rentang di hadapan rumahnya.
- hmetro

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted