Setelah Pejabat SUK Umumkan Tiada Cuti , Sultan Ibrahim Sendiri Titahkan Johor Cuti Esok


TERKINI : JDT BERJAYA MENJUARAI PIALA FA 2016

Bangsa Johor hari ini mempunyai dua acara yang dinanti-nantikan iaitu Kembara Mahkota Johor dan Perlawanan Akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan PKNS di Stadium Shah Alam.

Setelah 18 tahun pasukan Johor menjuarai piala FA, apakah kejayaan bersejarah tersebut akan dicapai pada malam ini, sama-sama kita doakan.

Sehubungan itu setiap pasukan negeri yang berjaya menjadi juara Piala FA lazimnya akan menghadiahkan cuti kepada rakyat negeri tersebut.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan tiada cuti hari esok kepada negeri Johor walaupun JDT menang.


Terkini, Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada esok jika pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi. "Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti).

"Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Selanjutnya di :

http://www.bharian.com.my/node/153608

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted