Sampai Sekarang Black Rasa Terkilan Tak Dapat Selamatkan Pemandu MyVi Rentung Dalam Kemalangan Itu


Satu tragedi kemalangan yang menyedihkan antara sebuah kereta Myvi dan sebuah Proton Persona berlaku  Seorang  di  Kampung Padang Kubu, Km 118 Jln Jerangau-Jabor berlaku pada jam 8.00 pagi tadi. 

Black Ganu yang menunggang motorsikalnya kebetulan lalu ditempat kejadian ketika hedak ke tempat kerjanya telah berkongsi cerita kejadian yang mencemaskan itu  berlaku.


" Sewaktu sampai di tempat kejadian, kedua-dua kereta tersebut telahpun terbakar. Saya lihat mangsa kemalangan dalam kereta Proton Persona mengerang kesakitan akibat pelanggaran tersebut sambil mukanya memandang saya. 

"Tanpa berlengah, saya terus terjun dari motosikal dan cuba untuk selamatkan pemandu  wanita dalam kereta Persona itu walaupun api ketika itu sedang marak. Dengan kuasa Allah dan tenaga saya seorang, kakak itu dapat saya keluarkan," ujarnya. 



Namun begitu , Black turut meluahkan bagaimana terkilannya dia kerana tidak dapat mengeluarkan mangsa yang berada dalam kereta Myvi putih tersebut kerana api terlampau marak dan besar. Asap hitam pada ketika itu telah memenuhi dan terkumpul di dalam kereta tersebut di mana tingkapnya tertutup. 

"Sampai sekarang saya rasa terkilan sebab tidak dapat nak selamatkan mangsa dalam kereta Myvi sebab api terlampau besar dan cermin kereta juga tertutup menyebabkan asap hitam terkumpul di dalamnya. 

"Saya hanya mampu melihat tangan mangsa yang lemah menepuk-nepuk tingkap meminta tolong. Memang saya terkilan sangat namun semua ini diluar kemampuan saya," katanya. - PIXEL MEDIA

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted