Ibu Saudara semalam telah mendedahkan gambar mereka yang telah didakwa di Mahkamah atas kesalahan membuli dan mendera sehingga menyebabkan kematian anak saudaranya Zulfarhan Osman di Asrama Jebat universiti tersebut, antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi 22 Mei.
Beliau telah menulis dalam post tersebut:
Tak payah nak tutup sangat muka korang. Bila naik mahkamah, tahu pula korang nak tutup muka bagai. Sebab apa? Baru nak fikir hati dan perasaan keluarga ke atas perbuatan korang?
Masa korang buat anak saudara aku tu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kami semua, kan? Terutamanya mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Korang rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.
Kami doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami sekeluarga akan buat macam mana korang buat pada arwah tapi kami masih ada iman walau sebesar zarah.
Jadi hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!
Senarai Tertuduh dalam jenayah tersebut adalah Muhammad Najib Mohd Razi, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, kesemuanya 21 tahun, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Abdoul Hakeem didakwa di bawah Seksyen 109 yang dibacakan bersekali dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sama.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh sebutan. Keenam-enam mereka turut didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja untuk memaksa pengakuan Zulfarhan Osman megenai pencurian sebuah laptop.
13 yang lain didakwa melakukan pemerasan secara sukarela.
Lebih 30 orang mahasiswa ditahan berhubung kematian Zulfarhan Osman.
13 Mei 2017 tarikh pertama arwah dipukul suspek .Adakah no D302 yang dilekatkan pada baju dipakai oleh arwah suatu kebetulan/pentanda pengakhiran kes kematian arwah farhan?
|
Pegawai kadet itu ditemui dengan kesan melecur dan lebam di tingkat 25 sebuah apartmen pada 1 Jun. Dia dipercayai masih hidup semasa rakan-rakannya memasukkannya ke dalam ambulans.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Kanan Fadzil Ahmat berkata, mangsa diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 10.00 pagi, 1 Jun lepas di Hospital Serdang.
Zulfarhan Osman mungkin ialah seorang mangsa buli telah diikat, dipukul dan kulitnya dibakar menggunakan seterika wap.
Laporan Bedah Siasat
Antara kesan kecederaan hasil laporan bedah siasat pemeriksaan luaran jasad arwah Zulfarhan oleh Dr, Salmah di Unit Forensik Hospital Serdang, Selangor- Kesan lecur terbakar pada seluruh badan depan dan belakang dengan corak seterika.
- Rusuk kiri patah.
- Kemaluan melecur
- Kaki melecur.
Ketika dibawa ke mahkamah, kelima-lima tertuduh dilihat berusaha menutup wajah mereka dari dilihat orang ramai dan jurugambar.
TAK PUAS HATI
Perbuatan ibu saudara arwah yang membuat pendedahan gambar tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati seorang netizen,
dkata nye aku bukak aib... pesalah² tu pun xnk bnd ni jd..
dkata nye ttg ati perasaan mak bapak pesalah... kat sini aku nk tny... pesalah² tu xnk jd cmni ke nama nye gn iron arwah hgge 80% melecur??? mak ayah arwah ni xde air mata.. xde perasaan ke ble hantar ank dlm keadaan sihat.. tup² terima ank dlm keadaan kaku... tgk seluruh bdn jenazah yg 80% melecur 2??? aku bukak aib.. klo aku x up pic pun... rakyat Malaysia ni pun blh carik sndr pic pesalah² ni sume.. pic dorg sume ni pun... de yg aku dpt dr org lain.. so ko ghase???? pesalah 2 bunuh Zulfarhan n kes ni 1 Malaysia tau... ko ghase???? lg 1 dkata nye Islam suruh menegur.. mmg btl tp cuba baca cara percakapan dia ni.. MENEGUR CARA ISLAM KE NI???? haaa... part aku post komen mamat ni... aku blh terima klo korg kata aku aib kn dia tp cara dia tegur pun mengaib kn. ye dok?? ✌ #MENTALKOYAKLAKO
Post a Comment