TMJ Jangan Lama-lama Jadi Presiden FAM Kalau Orang Tak Suka.
Dalam kemas kini status di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Aminah tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya apabila Tunku Ismail yang juga kekandanya, dikritik dan dipersalahkan atas kekalahan pasukan kebangsaan.
Kata Tunku Aminah, jika inilah balasan yang diterima daripada masyarakat atas keikhlasan Tunku Ismail menerima tanggungjawab berat sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia nyata tidak berbaloi.
"Saya berharap DYAM Tunku Mahkota Johor tidak berada lama sangat sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Lebih baik menyumbang dan berkhidmat di mana anda dihargai dan disayangi.
"Walaupun JDT telah berada di tahap yang tinggi, bawalah JDT ke tahap yang lebih tinggi lagi dan berikan tumpuan kepada negeri Johor yang lebih menghargai dan menyayangi anda," status itu memetik Tunku Aminah sebagai berkata.
Tunku Ismail, atau TMJ, menjadi mangsa kritikan susulan kekalahan pertama Harimau Malaya, selepas pelantikannya sebagai Presiden FAM, Mac lalu. Dalam perlawanan itu, skuad negara tewas tipis 1-2 kepada Lubnan.
Post a Comment