DYMM SULTAN IBRAHIM ibni SULTAN ISKANDAR Sultan Johor dalam rangka lawatan Program Kembara Mahkota ke Chaah, Segamat telah sempat untuk bertemu rakyat kaum India di sana.
Apa yang menariknya adalah, baginda berkenan untuk menghadiri satu upacara tradisi bagi kaum India iaitu Acara Menamakan Bayi kepada bayi bernama Dhanush Poobalan.
Seperti yang kita ketahui, masyarakat india di malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas melayu dan cina. Kewujudan masyarakat malaysia di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum india di negara ini juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka mereka. Malah kebudayaan masyarakat india di negara ini telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat india sebenarnya berasal daripada agama hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat india hari ini bukan beragama hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama hindu.
Upacara tradisional menamakan bayi mengikut adat Hindu dikenali sebagai Namakaran adalah satu acara penting dan bersejarah bagi ibu bapa .
Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan anak. Ketika ini, rumah dan buaian akan di hias dengan begitu cantik. Dalam acara ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dala memberikan nama yang sesuai kepada anak, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang bertuah dan bersesuain dengan bintang aksaranya. Dalam memberikan nama bayi, bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu agama oleh golongan wanita.
Sungguh bertuah baby Danush.
Post a Comment