Sultan Ibrahim Bangga Nauraj Anak Kelahiran Johor Jadi Pelompat Tinggi Kedua Terbaik Dunia Layak Ke Olimpik Rio
"Tahniah kepada anak kelahiran Johor kita, Nauraj Singh Randhawa, yang telah berjaya memecahkan rekod lompat tinggi negara, sekali gus melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil.
Pemenang pingat emas acara lompat tinggi Sukan SEA 2013, anda kemudiannya telah berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan lagi prestasi anda.
Kini, setelah berlatih selama tiga bulan di Australia, anda telah mencatitkan satu lompatan yang membanggakan iaitu pada 2.29m.
Rekod ini membuktikan bahawa anda adalah pelompat tinggi TERBAIK di negara ini dan KEDUA TERBAIK di DUNIA. Johor sangat berbangga dengan anda! Beraksilah dengan penuh keyakinan dan lakukanlah yang terbaik. Kami doakan yang terbaik untuk anda di Sukan Olimpik! " - Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.
#sultanibrahimofficial #sultanjohor #royaljohor #muafakatbangsajohor #sultanjohordanrakyatberpisahtiada #luaskankuasamu #jdt
Post a Comment