Bila sebut tentang jamban, tentulah terbayang di kepala kita satu tempat yang kotor di mana tempat orang membuang air besar.
Entah macam mana tergamak pula seorang manusia boleh terfikir untuk membuka sebuah restoran yang bertemakan jamban dimana makannya disajikan di dalam mangkuk jamban.
Ramai netizen yang memberikan komen yang mengutuk idea ini Sebenarnya kafe ini adalah milik seorang doktor bernama Dr Budi Laksono ahli Jawatankuasa Kesihatan Kota Semarang Indonesia.
Beliau juga adalah merupakan pengasas Yayasan Wahana Bakti Sdn Bhd yang programnya untuk menggalakkan pengguanaan jamban di dalam rumah.
Menurut sumber, ketika beliau mula bertugas sebagai doktor di Puskesmas Kedungwuni 2, Kabupaten Pekalongan, beliau berasa hairan kerana masyarakat tempatan mengalami gangguan saluran pencernaan, seperti cirit-birit, desentri, demam tipus, gangguan saluran usus, dan hepatitis A yang merupakan merupakan salah satu penyebab utama kematian.
"Setelah saya telusuri, ternyata hanya 9.1 peratus keluarga mempunyai jamban. Alasan mereka, faktor ekonomi kerana tidak mampu, tidak mempunyai tanah, dan kosnya mahal. Bahkan, sebahagian masyarakat menganggap, keluarga yang mempunyai jamban hanyalah orang berkemampuan, "katanya.
Di dalam gambar tersebut kelihatan ramai orang yang menikmatinya, bermacam jenis makanan, minuman, sambil tersenyum riang tanpa rasa geli.
Tempat duduknya pun kelihatan berbeza di mana setiap pengujung akan duduk di atas jamban duduk.
Post a Comment