Adira Padam Gambar bersama Suaminya Dalam Instagram Kerana Suami Peluk Pinggang Ruhanies


Pelakon baharu Ruhainies berasakan dirinya telah diperangkap apabila videonya keluar bersama tersebar. .
Pelakon Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, mengakui dia memang keluar bersama suami Adira iaitu Dato Seri Adnan Abu atau Dato Red pada hari khamis yang lalu sebuah shopping complex di Bukit Bintang.


"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.
"Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merakamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap,"
ujarnya kepada mStar Online.    

Adira dan suaminya Adnan mengejutkan media apabila mendakwa sudah berkahwin di Songkla Thailand Disember lalu.


Di dalam video berkenaan, mereka berdua kelihatan begitu mesra sehingga menimbulkan tanda tanya status hubungan mereka.

"Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.
"Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar. Secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.
"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain," ujarnya.


Ruhainies sangat kesal kerana telah terperangkap dalam rancangan suami Adira itu dan tidak tahu niat apakah sebenar lelaki itu  sama ada beliau cuba mendapatkan populariti dengan menimbulkan kontroversi tersebut.

"Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.
"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum," ujarnya.

Adira sebelum ini menjadi isteri kedua Adnan di mana mereka telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lepas.

Menurut Dato Red ketika dihubungi, beliau syak gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang berniat tidak baik kepada dia dan keluarganya  serta menjelaskan yang dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Ruhanies.




"Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu? Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.
"Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya," ujarnya.

Beliau juga tidak menolak untuk berkawan lebih rapat dengan Ruhanies kerana  beliau tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.

"Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi.
"Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut 'angin' dia dahulu," ujarnya.

Ketika diminta mengulas bagaimana hubungan dia dengan Adira setakat ini Dato Red tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut..

"Awak tulis okey je," katanya.

Adira telah pun memadam gambar dia bersama suaminya di Instagram namun kenapa dia berbuat demikian tidak diketahui sebabnya.

mstar

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted