Inilah Wajah Kemik Suspek Utama Kes Tetak Tangan Pemandu di Manir Yang Berjaya Menghilangkan Diri



KUALA TERENGGANU: Polis kini memburu pemandu kereta Perodua Kancil, M Suhaimi Mohd, atau lebih dikenali sebagai Kemik yang dipercayai terbabit dalam kes tetak di Jalan Buluh Gading, di sini, pada Khamis lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman, berkata pihaknya sudah menahan penumpang kereta berusia 30 tahun yang bersama suspek pada Sabtu lalu jam 2.30 pagi di sekitar kawasan Manir. 

Beliau berkata, abang suspek berusia 39 tahun yang juga pemilik kereta Perodua Kancil turut ditahan di rumahnya di Kampung Kubang Jela, Manir, pada jam 7 pagi tadi, bagi membantu siasatan. 


"Kita percaya Kemik yang juga suspek utama dalam kes tetak seorang pemandu kereta Honda City Khamis lalu masih berada di daerah ini. "Suspek yang bekerja sebagai tukang paip dikehendaki untuk siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, hari ini. 

Suffian berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta memberi kerjasama dengan tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

"Kita turut mengingatkan orang awam dan ahli keluarga suspek untuk tidak melindungi lelaki terbabit kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berbuat demikian," katanya. 

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila ditetak dengan parang oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Buluh Gading, di sini, selepas membunyikan hon kepada lelaki yang memotong keretanya. Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 42 tahun yang memandu Honda City bersama isteri dan dua anaknya terkandas dalam kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk beraya dari Kemaman ke Besut jam 3.30 petang. 

Insiden dipercayai berlaku selepas mangsa membunyikan hon keretanya sebaik kenderaan suspek mencelah dan memotong kereta dinaiki mereka sebelum berlaku pergelutan mengakibatkan mangsa ditetak. 

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/172761

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted