PDRM Akan Ambil tindakan Jika Pokemon Go Ganggu Keamanan dan Keselamatan Negara - KPN


MELAKA - Tindakan yang bersesuaian akan diambil oleh PDRM sekiranya aplikasi Pokemon Go didapati mengganggu keamanan dan keselamatan negara.
Demikian menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, malam semalam.
"Setakat ini, ia  cuma sejenis permainan dan jika melibatkan kesalahan undang undang seperti perjudian dan hasutan, sudah pasti pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai," katanya. 
Katanya, aplikasi Pokemon Go ini  telah mendapat perhatian ramai  kerana banyak kesan negatif seperti kes kemalangan jalan raya berlaku di negara luar telah dilaporkan.
"Bagaimanapun, pihak polis masih belum memutuskan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi itu khususnya terhadap anggota PDRM meskipun kerajaan Indonesia telah mengambil langkah tersebut.

 - K! ONLINE

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted