SUBHANALLAH!!! Ustaz Ramli Melafazkan Sebanyak Tiga Kali Kalimah Allahuakbar Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhirnya Semasa Sampaikan Kuliah


Baru sahaja lima minit Ustaz Ramli Ahmad, 65,menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk 'Kebesaran Allah' di Masjid Tengku Intan Zaharah, Dungun,  tiba-tiba jemaah masjid terkejut kerana beliau tersandar di kerusi dan meninggal dunia  malam tadi. 

Pada ketika kejadian, Allahyarham sempat melafazkan kalimah Allahuakbar sebanyak tiga kali sebelum arwah tersandar di kerusinya.

Menurut Imam masjid berkenaan, Mohd Faiz Azmi Abdul Kadir, 46

 "Ketika kejadian, arwah Ustaz Ramli sedang menyampaikan kuliah maghrib kepada kira-kira 50 jemaah, dia tiba-tiba tersandar di kerusi sebelum tidak sedarkan diri. 

"Beberapa orang jemaah masjid kemudiannya segera mengangkat dan meletakkan beliau di bawah sebelum saya segera menghubungi pegawai perubatan Hospital Dungun," katanya. 

Mohd Faiz berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada jam 8.00 malam.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted