Kalau Perempuan Pakai Tudung Labuh Mesti Orangnya Perfect. Luahan Gadis Bertudung Labuh Bosan Dilabel Ustazah
Pada zaman ini, masalah inilah yang dihadapi bagi setiap muslimah yang ingin berubah. Pakai tudung labuh sikit, label ‘Ustazah’.
Allahuakbar.
‘Pakai tudung labuh, cakap pasal lelaki’
‘Pakai tudung labuh, cakap pasal cinta’
‘Pakai tudung labuh, gelak masih terabur’
‘Pakai tudung labuh, suara masih lantang’
Adakah mereka tidak tahu bahawa memakai tudung labuh dan stokin itu suruhan. Terang-terang dalam Al-Quran mengatakan seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dan ada juga dalam Al-Quran menyeru agar para muslimah melabuhkan tudung.
Mereka tidak memahami konsep penghijrahan kerana mereka tidak berada dalam kasut kita. Perit derita yang kita tanggung, bukan mereka tahu. Mereka seolah-olah menganggap kita, apabila sudah bertudung labuh, maksudnya harus perfect.
Dalam dunia tiada yang sempurna. Mereka tak faham lagi ke? Ada juga, kawannya sudah bertudung labuh, terus-menerus ditanya tentang agama. Lagi-lagi yang menanyakan tentang halal dan haram.
Tidak mengapa mereka bertanya. Tetapi cara mereka bertanya seolah-olah menganggap orang yang sudah bertudung labuh itu sudah ada pelbagai ilmu. Apa manusia kata, pedulikan.
Yang penting, tujuan kita iaitu hendak mencari keredhaan Allah.
Apa bila dah bertudung labuh.. Kena jaga lah adab2 yang islam suruh, x boleh gelak2 lebih, xbleh cakap2 pasal lelaki, kena jaga pandangan.. Apa guna nak berubah dr segi tudung sahaja.. Tapi perangai masih sama.. Bila nak berubah, kena berybah segalanya.. Jangan berubah separuh2.. Tutup aurat badan, tapi lupa yang suara juga aurat..
ReplyDeleteApa bila dah bertudung labuh.. Kena jaga lah adab2 yang islam suruh, x boleh gelak2 lebih, xbleh cakap2 pasal lelaki, kena jaga pandangan.. Apa guna nak berubah dr segi tudung sahaja.. Tapi perangai masih sama.. Bila nak berubah, kena berybah segalanya.. Jangan berubah separuh2.. Tutup aurat badan, tapi lupa yang suara juga aurat..
ReplyDeletePost a Comment