Padah Masuk Bank Tak Kunci Pintu Kereta Nyaris Isteri dan Anak Dilarikan Lelaki




Pastinya peristiwa yang berlaku kepada seorang wanita ini semalam akan sentiasa menjadi kenangan hitam sepanjang hayatnya apabila dia hampir dilarikan oleh seorang lelaki tak dikenalinya sewaktu berada di dalam kereta yang diparkir sementara menunggu suaminya masukke bank di sebuah cawangan Bank RHB di Sungai Buluh.

Mungkin tidak menjangka sesuatu yang buruk berlaku hingga si suami meninggalkan isterinya itu dalam keadaan kereta yang tidak berkunci dan enjin masih lagi hidup.




Jom kita baca cerita penuh beliau.

Peristiwa petang tadi, pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta...lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup, saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.



Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit pangil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, skali dengan kereta pun kena tinggal di balai...huhu...sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak daapt tidur la malam ni...



Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa...ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes mcm ni kt fb...sekarang saya alami sendiri...beringat sebelum kena. - Nabila Huda Mohamad.



 Siakapkeli.my

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted