PASIR MAS 6 Nov. - Seorang pegawai kastam tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia ketika sedang minum bersama rakan-rakanya di sebuah gerai di Pasar Besar Pasir Mas di Bandar Baharu Tasek Raja, di sini hari ini.
Mangsa tiba-tiba rebah ketika sedang minum bersama rakan-rakannya.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu mengejutkan pelanggan dan peniaga kedai tersebut selepas Muhammad Salleh Daud, 52, tiba-tiba jatuh dari kerusi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.
"Mangsa dipercayai terkena serangan jantung," katanya. - UTUSAN ONLINE -
Post a Comment