Kenapa Pilot Bawak Kereta Cap Ayam Bila Pergi Kerja... Ini Jawapannya



Drama Adaptasi Novel Suri Hati Mr Pilot lakonan hebat Fatah Amini dan Neelofa telahpun melabohkan tirainya. Namun begitu drama tersebut masih terus diperkatakan oleh peminat sehingga kini.

Dalam beberapa babak Kapten Ejaz dilihat memandu kereta Mercedez dan memang nampak sungguh mewah. Namun begitu ada ada kisah menarik apabila kebetulan terjadi satu insiden kemalangan yang melibatkan seorang juruterbang yang telah dihempap sebatang pokok ketika hendak ke tempat kerjanya.




Lebih menarik lagi kereta yang dipandunya adalah sebuah kereta kecil sahaja iaitu Proton Iriz tidak seperti yang ditonjolkan dalam Drama Suri Hati Mr Pilot.



Seorang lelaki bernama Jonathan Lee telah memberi pandangannya tentang cerita sebenar tentang bagaimana sebenarnya kehidupan seorang pilot.

Memang panjang umur captain nie... Yang duduk perli die bawa kete Proton bagai nie semua macam tak percaya dengan karier tahap professional nie bawa kete Cap Ayam... meh aku cerite kat korang yang nak sangat tau jenis kerete Pelot pelot yang saya pernah tengok dan kenapa pakai kete cap ayam turun Kerja... hahahah... 


 1. Biasa dorang pilot nie ade 2-3 buah kereta, 1 "kereta cap ayam, seperti mana yang digemba-gemburkan haters karier juruterbang nie.

" Kenapa kereta "cap ayam" kerana, kalau turun kerja takan nak parking kete Ferrari, Audi R8, Atau kereta semahal dan sewaktu dengan nya tinggalkan kat parking Lot.

Kadang2 kalau dorang buat "nightstop" lebih 24jam, lagi baik bawa kete kancil parking 1 minggu pun takyah risau hahahah... 

Korang nak ker jadi penumpang Juruterbang yang sangat risaukan tentang keselamatan Kereta yang berharga ratusan ribu ringgit kat parking lot daripada risau akan keselamatan anda atau keluarga anda semasa dalam penerbangan... hahaha...




 2. Kereta juruterbang yang kedua biasa nya akan dipakai apabila buat perlnerbangan pergi balik kurang 8 jam hahah... so takde lah risau sangat... 

kete kedua nie biasa dalam lingkungan kereta jenama lebih "power" sedikit lah, seperti honda Civic ker, Honda accord ker, Vellfire (kereta keluarga (family car hahahah) atau BMW x1 ker... 

Kereta nie Kire laju dan ade gaya, dalam 8 jam flight tu, pencuri kereta nak survey memang tipis ahh mase dorang... hahah.. 


 3. Kereta ketiga nie, biasanya memang harga letup2 punya, jenis Ferrari, (BMW M3, M6, M5) Subaru impreza ker, Nissan Skyline R35 (kete paling aku minat nih) Mercs S class bagai... 


Nie kalau kereta nie diguna pakai semasa nak turun buat pernerbangan ade sebab2 dia, dorang tak pakai tonyoh jer kete2 Mahal dorang, 

Diorang Pakai, pasal 
 1. Kene "call up" atau istilah bahasa Malaysia (On Kol) hahah, so kene lah pakai kete paling laju kat Rumah... kalau pakai kete pertama, kalau ambik masa 30minit, pakai kete ketiga nie boleh potong sampai ambik masa 5 minit... 

 So pengajaran cerita dongeng aku kat sini, captain nie mungkin sangat bersyukur bukan saja dia selamat bahkan bersyukur tak bawa kereta No.3 die ke tempat kerja... So bayangkan kalau dia bawa kereta ketiga die, pening kepala takleh claim... heheh, "so don't judge a person's car by their career" salute to alll



0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted