Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi

Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas  Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi

PULAU PINANG 24 Dis. - Ibu kepada Zakeer Zubir, pemandu bas ekspres yang terbabit dalam nahas ngeri di Johor awal pagi tadi tidak menyangka permintaan anaknya itu mengajak isterinya menemani dia bekerja berakhir dengan tragedi buat mereka sekeluarga. 

Rashidah Abdul Rahim, 60, berkata, anaknya itu sebelum ini tidak pernah mengajak isterinya, Miya Be yang berasal dari Indonesia menemani dia memandu bas sejak mula bekerja kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun tambahnya, Zakeer mengajak isterinya itu menemaninya bagi perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur malam tadi dengan alasan dia bosan memandu berseorangan.

"Sebelum ini isterinya tidak pernah mengikut dia bekerja dan akan tinggal di sini bersama tiga anak mereka.  "Tetapi malam tadi kerana permintaan Zakeer, dia mengikut dengan membawa anak bongsu Nur Natasha Zahara berusia setahun. 

 "Mulanya saya keberatan melepaskan mereka membawa anak bongsu kerana bimbang menyusahkan sebaliknya membawa anak kedua, Nur Zaharah tetapi mereka tetap mendesak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Batu Maung, di sini malam ini. 

Menurut Rashidah, anaknya itu jarang berada di rumah kerana kerjanya sebagai pemandu bas dan mereka sekeluarga kadang-kala terpaksa bertemu di Stesen Bas Sungai Nibong di sini sebelum Zakeer turun bekerja memandu bas ke destinasi yang diminta syarikatnya. 

 Zakeer dan Nur Natasha Zahara merupakan antara 16 orang yang terkorban dalam kejadian nahas bas ekspres Alisan Golden Coach di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, Johor awal pagi tadi. 

Jenazah dua beranak itu kini dalam perjalanan ke sini dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan akan disembahyang serta dikebumikan di Masjid Haji Hashim Yahya, Jalan Perak pagi esok. - UTUSAN ONLINE

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted