LULUH HATI AYAHNYA..!! Sudah Pesan Firdauz Untuk Jaga Adiknya Sebaliknya Arwah Keluar Berbasikal Dengan Kawan


kemalangan basikal dirempuh



LULUH HATI AYAHNYA..!! Sudah Pesan Firdauz Untuk Jaga Adiknya Sebaliknya Arwah Keluar Berbasikal Dengan Kawan |


Pesanan bapa menjaga adiknya tidak diendahkan, sebaliknya, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar keluar rumah berbasikal bersama sekumpulan rakan di bandar raya sehingga ditimpa kemalangan maut awal pagi tadi. 



"Saya tidak sangka dia keluar juga, sedangkan dia diminta menjaga adik-beradik yang lain ketika saya ke Kuala Lumpur," kata Mohd Azahar Abdul Karim, 46. 





Katanya, arwah juga tidak menoleh ke arah ibunya yang memanggilnya sebelum bertolak ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Khamis lalu. 

"Arwah hanya bersalaman dengan saya, kakaknya, pakcik dan dua anak saudara saya, manakala tidak salam ibunya. Kejadian ini sebelum kami bertolak ke IJN menghantar anak saudara yang sakit. 

[ SENARAI NAMA REMAJA MAUT, KRITIKAL DAN CEDERA ]
"Ada beberapa perubahan pada arwah sebelum meninggal dunia, bila saya pesan jangan keluar malam, dia marah dan selalunya tidak begitu, " katanya ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini. 

Mohd Azahar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata setibanya di rumah pada Taman Damai Jaya, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi, beliau mendapati Muhammad Firdauz, 16, tiada di rumah sebelum seorang daripada anaknya memaklumkan mangsa keluar dan tidur di rumah rakannya. 

"Saya hanya mengetahui kejadian kemalangan itu pada jam 4.30 pagi selepas rakan arwah datang ke rumah dan memaklumkan perkara itu. 

"Bagaimanapun, saya tidak terus ke tempat kejadian kerana tidak sanggup melihat keadaannya dan hanya pergi ke hospital. Muhammad Firdauz Danish sepatutnya mendaftar masuk ke sebuah kolej pada Isnin ini," katanya.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted