IMAM TAK SEDAR SULTAN KELANTAN JADI MAKMUM. BAGINDA HANYA PAKAI BAJU-T DAN SELUAR
Istana Telipot yang menjadi kediaman Sultan Muhammad V di sini, dipasang pembesar suara yang disambungkan secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, dekat sini. Sultan Kelantan titah supaya Istana Telipot dipasang pembesar suara yang disambung terus dari masjid Sultan Kelantan titah supaya Istana Telipot dipasang pembesar suara yang disambung terus dari masjid.
Imam Tua masjid berkenaan, Ahmad Yunoh, 42, berkata ia bagi memudahkan baginda mengikuti kuliah atau aktiviti agama serta mendengar laungan azan dari masjid berkenaan yang terletak tidak sampai 100 meter dari kediaman rasmi Seri Paduka.
“Seri Paduka memberitahu dengan cara tersebut baginda boleh sama-sama mendalami ilmu agama jika baginda tidak berkesempatan hadir untuk mengikuti kuliah agama di masjid ini.
“Saya kagum dengan keinginan dan cadangan yang disuarakan Seri Paduka itu kerana jelas baginda amat menitikberatkan soal agama dalam kehidupannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata idea Seri Paduka itu dilontarkan baginda beberapa tahun lepas ketika baginda masih bergelar pemangku Sultan Kelantan, sekali gus memberi satu penghormatan dan penghargaan yang besar kepada pengurusan Masjid Sultan Muhammad II.
IMAM TAK SEDAR SULTAN KELANTAN JADI MAKMUM. BAGINDA HANYA PAKAI BAJU-T DAN SELUAR
Katanya, walaupun Seri Paduka kini sudah jarang berada di Kelantan namun baginda meminta agar pembesar suara itu terus kekal dipasang seperti biasa. Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beberapa tahun lepas Seri Paduka turut membuat tranformasi kepada pengurusan masjid tersebut dengan meminta imam, bilal atau anggota jawatankuasa (AJK) masjid sendiri membaca al-Quran berbanding memutarkannya menerusi kaset atau cakera padat.“Seri Paduka bertitah adalah lebih molek dan afdal kiranya ayat-ayat al-Quran dapat dibacakan sendiri oleh AJK masjid. Saya terdiam seketika mendengar cadangan tersebut dan terdetik dalam hati betapa Seri Paduka amat menitikberatkan hal berkaitan agama,” katanya.
Katanya, bermula pada hari itu beliau bersama AJK masjid yang lain akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan al-Quran selama 15 minit sebelum azan dilaungkan sehingga ke hari ini.
Beliau berkata kehadiran Seri Paduka ke masjid lebih kerap ketika bulan Ramadan terutama pada waktu Subuh dan Asar. Ahmad berkata, jemaah masjid sering menerima kunjungan mengejut daripada Seri Paduka terutama pada waktu Asar.
“Pernah berlaku, saya hanya menyedari kehadiran Seri Paduka selepas selesai menunaikan solat kerana baginda hanya mengenakan baju-T dan seluar.
“Tetapi Seri Paduka sepertimana yang dikenali rakyat adalah seorang raja yang mesra dan tidak mementingkan protokol. Kami boleh berbual seperti biasa sebagaimana jemaah lain tanpa rasa kekok,” katanya.
Beliau berkata pada waktu Subuh pula, Seri Paduka gemar mengenakan jubah berwarna putih dan sering memperuntukkan waktu untuk duduk di mana-mana sudut masjid untuk berwirid ataupun membaca al-Quran yang dibawanya sendiri.
“Seri Paduka tidak pernah meminta pihak masjid menyediakan tempat khas untuknya. Sifat rendah diri ini amat terkesan di hati kami dan menunjukkan tiada sempadan antara umat manusia di sisi ALLAH,” katanya.
Ahmad berkata, Seri Paduka juga banyak memberi sokongan dalam usaha mengimarahkan Masjid Sultan Muhammad II termasuk memberi pelbagai sumbangan berbentuk wang ringgit kepada imam-imam jemputan luar negara yang mengetuai solat terawih di samping aktiviti masjid yang lain.
Mengakhiri perbualan, Ahmad berkata kehadiran Seri Paduka ke Masjid Sultan Muhammad II sentiasa dinantikan dan dialu-alukan oleh semua jemaah.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas. Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Isnin ini. – Bernama Sumber: Sinar
Post a Comment