SEDIH..Tak Sangka Niat Baik Ibu Nak Jadikan Anaknya Tahfiz Tapi Jadi Begini. SELEPAS KAKI, KINI TANGAN PULA HENDAK DIPOTONG .


KAKI DIPOTONG .KERANA DISEBAT WARDEN
KAKI DIPOTONG KERANA DISEBAT WARDEN

SEDIH..Tak Sangka Niat Baik Ibu Nak Jadikan Anaknya Tahfiz  Tapi Jadi Begini. SELEPAS KAKI, KINI TANGAN PULA HENDAK DIPOTONG . KAKI DIPOTONG KERANA DISEBAT WARDEN


KOTA TINGGI, JOHOR - Seorang pelajar lelaki terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya kerana otot-otot di kakinya sudah mati, selepas 20 hari disebat oleh pembantu warden. 

Hari ini Dayang Thaqifah telah memuat naik status perkembangan anaknya di mana selepas kaki anaknya dipotong, kini tangan anaknya pula mulai bengkak dak kehitaman.

Pada awal pagi, doktor telah meminta kebenaran darinya untuk memotong tangan kanan anaknya itu.

KAKI DIPOTONG .KERANA DISEBAT WARDEN

KRONOLOGI KAKI DIPOTONG  KERANA DISEBAT WARDEN


Dalam kejadian 28 Mac lalu, mangsa, Mohd Thaqif Amin, dan beberapa pelajar madrasah yang lain disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, oleh pembantu warden. 

Empat hari kemudian, 31 Mac 2017, ibu mangsa, Dayang Thaqifah, datang untuk membawa anaknya pulang, sekali gus berhenti dari madrasah itu selepas mangsa mengadu dia disebat menggunakan getah paip di tapak kaki. 

19 April 2017, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail. Menurut Dayang Thaqifah, di hari kedua anaknya berada di hospital, keadaan anaknya tidak stabil, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat. 

"Mungkin disebabkan kuman dari kakinya. Di hari ketiga, keadaan Thaqif semakin merosot. Otot-otot kakinya sudah mati dan pagi ini (semalam) doktor memutuskan untuk memotong kedua-dua belah kakinya. 

That the best way for this time. Satu cara untuk elakkan dialisis buah pinggangnya," tulisnya di Facebook. Menurut sepupu ibu mangsa, anak saudaranya itu telah selesai menjalani pembedahan memotong kakinya. 

Selepas dua minggu kemudian, kaki mangsa menjadi lebam dan disahkan oleh pihak hospital ada darah beku di bahagian kaki, malah terkena jangkitan yang melarat sehingga ke buah pinggang.



KAKI DIPOTONG KERANA DISEBAT WARDEN

 Seorang lagi ibu saudara mangsa, Bella, turut berkongsi kenyataan dari pengetua madrasah berkenaan: 




Pengetua madrasah. Mohammad Afdhaluddin Ismail, mengesahkan pembantu warden berkenaan telah digantung tugas serta-merta susulan kejadian itu dan akan memberi kerjasama pada pihak polis untuk melakukan siasatan. 

 Beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk pihaknya menjalankan siasatan dan tidak membusukkan madrasah secara keseluruhannya. 

 Dalam perkembangan terkini, Dayang Thaqifah memaklumkan kedua-dua kaki anaknya telahpun dipotong semalam dan kini tangan kanan anaknya sudah mula bengkak dan kehitaman. "Awal pagi tadi doktor minta kebenaran untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan. Kuman merebak sangat cepat. Saya redha dengan apa jua ketentuan Allah," tulisnya 56 minit sebentar tadi. 

 Semoga mangsa dan keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan yang besar ini dan dipermudahkan segala urusan mereka. - The Reporter

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted