VIRAL..Bukan Pak Haji Drebar Teksi yang Rogol Budak 14 Tahun Tu. Polis Tanah Merah Jelaskan Cerita Sebenar



Polis nafi kejadian rogol di Tanah Merah TANAH MERAH - Polis hari ini menafikan adanya kes pemandu teksi merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di daerah ini yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam. 

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati memang berlaku kes rogol membabitkan remaja terbabit tetapi kejadian itu berlaku di luar daerah ini. 

Katanya, suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu juga bukan pemandu teksi seperti ditularkan dalam laman sosial tetapi seorang rakan yang dikenali mangsa. 

"Kejadian (rogol) berlaku di luar Tanah Merah dan mangsa dipercayai singgah di daerah ini selepas kejadian. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya, hari ini. Justeru, 

Suzaimi meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita itu, sebaliknya, memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dengan polis terlebih dahulu. 

Semalam, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApps bahawa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Ketereh dirogol seorang pemandu teksi sebelum ditinggalkan berhampiran sebuah pasar raya di bandar ini.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted