LELAKI PENIPU MINTA DERMA PAKAI GAMBAR ORANG LAIN SAKIT DAN MASUK AKAUN BANK SENDIRI
Memang tak patut betul..... Kita sering kali dapat melihat post dalam media sosial seperti Facebook tentang post bagi memohon sumbangan derma atau bantuan dari netizen dana diperlukan untuk pembedahan atau rawatan.Tetapi awas ya!! kerana terdapat pula spesis individu yang tidak bermaruah yang sanggup mengambil kesempatan terhadap musibah orang lain bagi mendapatkan keuntungan.
Beberapa hari lepas, seorang wanita, Siti Hapsiah Ismail telah memuat naik gambar keadaan terbaru anaknya setelah telibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal. Siti Hapsiah memuat naik gambar-gambar itu untuk meminta rakan-rakannya mendoakan kesembuhan anaknya yang bernama Syazwan Hamidon.
Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain turut sama telah mengambil kesempatan menggunakan gambar anaknya untuk mengutip derma kilat, kononnya untuk menampung pembedahan segera.
Lelaki ini menggunakan pelbagai akaun palsu untuk share status meminta bantuan sebanyak beratus hingga beribu kali di laman-laman perniagaan atau groups di Facebook. Dia juga menggunakan laman Facebook palsu untuk share status-status meminta bantuan tersebut.
Untuk makluman, laman di atas bukanlah laman Sinar Harian Online yang sebenar. Azman dipercayai membuat laman tersebut menggunakan logo Sinar Harian Online untuk tujuan penipuannya. Laman itu boleh diakses di sini.
Gambar kanak-kanak yang digunakan sebenarnya ialah gambar seorang kanak-kanak Indonesia yang menghidap kanser mata. Laman Sinar Harian palsu itu juga meminta derma menggunakan akaun nombor Public Bank seorang individu bernama Shafryal Iskandar juga dipercayai salah seorang penipu menggunakan gambar-gambar kanak-kanak yang sakit untuk mendapatkan wang cara mudah.
Malah, Syafryal Iskandar juga didapati menggunakan gambar kanak-kanak lain untuk memalsukan ‘bantuan kilat’ secara mudah seperti didedahkan oleh Kisah Zakat Malaysia yang turut menjadi modus operandi penipuan individu di sebalik akaun bank milik individu-individu bernama Muhammad Taufik dan Hisam Jumahat.
Apa yang patut dilakukan ialah dengan memeriksa kesahihan setiap kali anda terlihat gambar-gambar individu dengan sakit yang agak ngeri dikongsikan oleh akaun-akaun Facebook tertentu yang merupakan akaun palsu untuk meminta derma kilat.
Kebanyakan gambar kanak-kanak yang digunakan berasal dari Indonesia.
Buat lelaki-lelaki pemalas jenis parasit di luar sana seperti Azman Abdullah, Shafryal Iskandar, Muhammad Taufik dan Hisam Jumahat, ingatlah, Kifarah menanti anda. – amazingnara.com
Buat lelaki-lelaki pemalas jenis parasit di luar sana seperti Azman Abdullah, Shafryal Iskandar, Muhammad Taufik dan Hisam Jumahat, ingatlah, Kifarah menanti anda. – amazingnara.com
Post a Comment