Aliff Syukri Tampil Buka Mulut Setelah Video Makan Tepi Jalan Di Switzerland Dikritik Chef Wan
Semalam Chef Wan telah menegur Aliff Syukri kerana makan di tepi jalan ketika berada di Switzerland.
Hari ini Aliff Syukri telah memberi respon tentang hal ini.
Usahawan hebat ini telah muatnaik gambarnya bersama keluarga sedang menikmati juadah di atas meja di sebuah kedai makan .
Ini komen Aliff Syukri
Gara-gara video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia...
Ramai yang kecam kata kenapa tak makan dekat hotel la senang....sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan indah di switzerland....jadi bila banyak berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata mata untuk makan....
Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula....jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama...tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama...
Buat idola saya dalam bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya uploadkan khas untuk dato chef wan ni kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..
Cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik....org malaysia di sana juga baik dan ramah
Itulah respon dari Aliff Syukri yang dutulis di laman IG miliknya.
Sumber Viral Purba http://ift.tt/2tLKZpe
Sumber : Siakap Kelisa http://ift.tt/2vgbyHm
Post a Comment