Video berdurasi 22 saat yang dimuat naik Azmi Aris itu telah ditonton 675,000 kali dan dikongsi 4,104 pengguna Facebook sejak dimuat naik jam 3.04 petang tadi.
Azmi mendakwa, rakannya, Muhammad Najib dan isteri dalam dianiaya oleh sebuah kereta Honda berwarna hitam di lorong kanan.
"Apa masalahnya kalau mengalah ke tepi untuk beri laluan kereta di lorong kanan nak memotong. Menganiaya orang lain dengan brek mengejut tanpa ada apa-apa halangan di depan adalah satu provokasi yang dikira tak bertamadun.
"Semoga rakanku, Muhammad Najib dan isteri cepat sembuh," katanya.
Berdasarkan video bertarikh 28 Julai 2017, jam 8.13 pagi, kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah jambu yang dipandu di lorong kanan menghampiri sebuah kereta Honda berwarna hitam di hadapannya.
Pemandu kereta Honda itu dilihat menekan brek, menyebabkan pemandu kereta Lancer itu segera mengelak dengan memasuki lorong tengah dan kiri sebelum hilang kawalan, lalu terbabas ke lorong tengah sebelum melanggar penghadang jalan dan terbabas ke bahu jalan.
Dalam video itu juga, kedengaran suara isteri pemandu Lancer itu menjerit 'Abang!!!'.
Tidak diketahui bagaimana keadaan kedua-dua mangsa kemalangan tersebut.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat kereta Lancer itu dipandu terlalu laju sehingga hilang kawalan. Tidak kurang juga ada netizen yang menyalahkan pemandu kereta Honda terbabit kerana menekan brek secara tiba-tiba.
Walau bagaimana, rata-rata netizen berpendapat, kemalangan itu tidak akan berlaku sekiranya pengguna jalan raya mematuhi had laju yang dibenarkan dan menjaga jarak kereta yang dipandu dengan kereta di hadapan.
p/s: semoga pasangan suami isteri berkenaan cepat sembuh.
Sumber Viral Purba http://ift.tt/2uJl4jk
Sumber : Siakap Kelisa http://ift.tt/2w66yl9
Post a Comment