Terlebih dahulu saya selaku pemilik Imadi Pet memohon maaf atas kelewatan maklum balas terhadap kejadian yang berlaku pada hari Ahad 6 Ogos 2017. Sesungguhnya segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya dan Imadi Pet adalah fitnah semata mata dengan niat untuk menjatuhkan saya dan Imadi Pet serta mengambil kesempatan kononnya kerugian yang dialami olehnya akan ditanggung oleh Imadi Pet.
Disini saya ingin menceritakan bagaimana kejadian yang telah berlaku..
Pada hari jumaat 4 Ogos 2017, Imadi Pet Shah Alam telah didatangi oleh sepasang suami isteri Bistari Mansur dan Muhammad Arif membawa seekor kucing yang bernama Lily dan mereka mengadu kepada pihak kami bahawa Lily sakit dan meminta bantuan untuk dirawat di tempat kami. Kami melihat keadaan kucing tersebut yang lemah dan lesu serta sangat kurus. Kami diberitahu oleh pemilik bahawa sudah beberapa hari kucing tersebut tidak makan dan minum. Kami merasa hairan kenapa kucing tersebut dibiarkan sebegitu rupa.
Dengan keadaan yang sangat lemah, kucing tersebut sepatutnya mendapat rawatan intensif di mana-mana klinik veterinar dan bukannya dihantar kepada kami. Kami telah diberitahu oleh pemilik bahawa kucing tersebut telah dibawa ke sebuah klinik veterinar dan hanya dibekalkan dengan beberapa jenis ubat.
Selepas melihat keadaan kucing tersebut, pihak kami menasihatkan pemilik membawa kucing tersebut ke mana mana klinik veterinar yang ada di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan intensif.
Kami yakin pemilik tidak mahu mengeluarkan wang rawatan yang perlu dibayar, sebaliknya meletakkan nyawa kucing tersebut dalam keadaan kritikal serta mempertaruhkan nyawa kucingnya dengan perjalanan yang jauh selama 4 jam ke premis Imadi Pet Johor Bahru.
Sememangnya pemilik berniat agar kucingnya mati di premis Imadi Pet Johor Bahru supaya mudah untuknya menuntut ganti rugi diatas kecuaian dan kesalahannya sendiri.
Pemilik tiba di Imadi Pet Johor Bahru sekitar jam 10.30 malam yang mana diwaktu ini semua klinik veterinar di sekitar Johor Bahru telah ditutup. Pemilik memohon jasa baik kami untuk menempatkan kucingnya di premis kami sementara menunggu klinik veterinar dibuka keesokan harinya. Kami telah memberitahu kepada pemilik bahawa Imadi Pet tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa terhadap kucingnya dan pemilik telah bersetuju atas hal ini.
Keesokan harinya (Sabtu 5 Ogos 2017) sekitar jam 11 pagi, pihak kami bersama pemilik menghantar kucing tersebut ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan intensif.
Malangnya, kucing tersebut tidak boleh ditempatkan di klinik mereka memandangkan klinik ini tidak beroperasi pada hari Ahad dan telah diberitahu untuk membawa semula kucing tersebut pada hari Isnin 7 Ogos 2017. Sekali lagi pihak pemilik meminta bantuan kami untuk menempatkan kucingnya di Imadi Pet sementara menunggu hari Isnin.
Malangnya, kucing tersebut tidak boleh ditempatkan di klinik mereka memandangkan klinik ini tidak beroperasi pada hari Ahad dan telah diberitahu untuk membawa semula kucing tersebut pada hari Isnin 7 Ogos 2017. Sekali lagi pihak pemilik meminta bantuan kami untuk menempatkan kucingnya di Imadi Pet sementara menunggu hari Isnin.
Ahad 6 Ogos 2017 sekitar jam 11 pagi kami dapati kucing tersebut telah mati dan pihak Imadi Pet telah memberitahu hal ini kepada pemilik.
Sekitar jam 3 petang, kami didatangi oleh pemilik dan sekaligus mereka menuntut ganti rugi atas kematian kucingnya. Kami secara rendah diri memberitahu bahawa tiada sebarang ganti rugi akan dibuat oleh pihak Imadi Pet memandangkan kucingnya dipelihara di rumah. Pemilik telah memelihara kucing tersebut lebih dari 5 bulan dan sepanjang tempoh penjagaan kucing itu di rumah, pemilik tidak pernah mengadu apa-apa masalah kucingnya.
Pihak Imadi Pet hanya memberi jaminan selama 72 jam sahaja dari tarikh pembelian dan selepas tarikh ini, sebarang risiko adalah tanggung jawab pemilik sendiri.
Pasangan suami isteri ini (pemilik) terus bertindak kasar dan memekik sekuat hati, menghina dan memaki saya dan staff saya atas ketidak puasan hatinya. Pasangan ini telah mengugut saya untuk menjatuhkan dan merosakan perniagaan Imadi Pet dan ingin memviralkan hal ini. Pasangan ini juga telah mengalau ramai pelanggan-pelanggan yang berada di premis ketika itu.
Saya bukannya melarikan diri sepertimana tuduhan yang dilemparkan sebaliknya saya meninggalkan pasangan yang sedang bertindak liar dan ganas ini.
Sekitar jam 6 ptg, kami menghubungi pihak polis dari balai polis tampoi Johor Bahru untuk menarik pasangan ini keluar dari premis kami.
Jam 8 malam, pihak kami telah membuat laporan polis berkaitan kejadian ini.
Pihak Imadi Pet telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang mengeluarkan saman kepada individu-individu terbabit yang menjatuhkan serta memalukan perniagaan Imadi Pet.
Rasullullah SAW amat menyayangi kucingNYA, jesturu itu menjadi ikutan umat-umatNYA. Demi memanjangkan Sunnah Rasullulllah SAW ini di samping memberi kasih sayang terhadap kucing yang kita pelihara ia juga menjadi terapi diri memberi ketenangan dan saling menyayangi diantara satu sama lain.
Dari apa yang kita lihat, ramai pemilik kucing tidak menjiwai Sunnah Rasullullah SAW ini sebaliknya ramai pemilik kucing menyimpan rasa iri hati dan hasad dengki serta membenci di antara mereka.
Dari apa yang kita lihat, ramai pemilik kucing tidak menjiwai Sunnah Rasullullah SAW ini sebaliknya ramai pemilik kucing menyimpan rasa iri hati dan hasad dengki serta membenci di antara mereka.
Maka timbulah fitnah dan menghasut untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya kita mengambil iktibar dan memahami tujuan Sunnah Rasullullah SAW ini.
Imadi Pet menjalankan pernigaan bukan untuk menipu orang ramai sebaliknya Imadi Pet adalah salah satu pusat untuk menimba ilmu penjagaan kucing serta memberi peluang kepada pemiliknya disamping menjadi hobi yang sangat berfaedah.
Sekian, terima kasih.
Jgn pakai nama rasulullah la.. bukan ke jual beli binatang peliharaan tu haram dlm islam
ReplyDeletePost a Comment