Pisau Tercacak 12 cm Tepat di atas kepala Pejalan kaki di bawah Pangsapuri.
Negara China memang sering kita dengar pelbagai cerita pelik yang berlaku kepada penduduknya, yang ramai jumlahnya.
Terkini, kisah terjadi di Wilayah Sichuan di manaseorang lelaki bernama Xiao hampir menerima ajalnya apabila sebilah pisau tercacak sedalam 12 sentimeter di atas kepalanya dipercayai jatuh dari salah satu tingkat pangsapuri.
"Saya sedang berjalan ke arah pagar dan tiba-tiba terasa sesuatu yang berat jatuh di atas kepala.
"Kemudian setelah menyedari ianya sebilah pisau, saya cuba berpatah balik sejauh 100 meter, tapi saya berasa sakit lalu pengsan. ", katanya kepada Shanghaiist.com
Xiao kini dalam keadaan stabil setelah dibawa ke hospital oleh orang ramai. -SikapKeli.com
Post a Comment