Pada 6 Ogos lepas, Mynewshub.my menulis laporan berkaitan makcik yang begitu marah apabila keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Makcik yang berbaju hitam itu siap keluar dari keretanya dan memaki hamun lelaki itu yang dipercayai berbangsa India dan memandu kereta bernombor pendaftaran Singapura.
Kejadian dikatakan berlaku pada 1 Ogos lalu sekitar jam 5.45 petang di laluan menuju Kastam Singapura di Woodlands.
Pada ketika itu, difahamkan kemungkinan makcik ini bertindak agak keterlaluan dan juga dilihat menghina kaum tertentu.Di laman Facebook Mynewshub.my yang turut memuatnaik video berkenaan diberikan satu komen daripada seorang saksi yang berada di tempat kejadian yang menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya lelaki India itu bukannya melanggar kereta makcik tu sekali malahan berkali-kali sampai empat kali.
“Makcik itu marah sebab ada cucu dia kecil duduk di belakang, paling kecil tidak silap berumur tiga tahun, kalau tengok bumper kereta Singapura itu, langgar kuat, kalau bergesal tu tak kisah, Langgar kuat sampai cucu makcik tu terjatuh.
“Langgar bukan sekali, tapi nak dekat empat kali, yang akhir paling kuat, kereta Singapura (lelaki India) itu tak sabar nak ke depan walhal satu lorong sahaja masa tu dan memang sesak di kawasan checkpoint,” menurut saksi itu dengan akaun Facebook Natalia Jalil.
Natalia berkata ketika isteri lelaki India merakamkan video kejadian itu, tidak pula dia merakamkan detik suaminya menunjukkan ‘jari tengah’ dan buka pintu penumpang serta memaki hamun.
“Kasihan makcik dan anaknya diprovokasi, saya rasa kalau saya juga akan melenting begitu.
“Sebagai saksi, saya pun melenting, tak percaya tanya semua kaum ibu, kalau ada orang cuba cederakan anak-anak dia, naluri seorang ibu akan melawan selagi terdaya,” kata Natalia.
Dengan kenyataan saksi di tempat kejadian, kita yang menonton mendapat gambaran jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes kemarahan makcik itu.
Kereta Singapura pula jika memandu di Malaysia memang kebanyakannya dilihat agak kurang sabar dan mereka kerap memandu dengan laju di lebuh raya di negara ini tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Makcik itu diharapkan sudah membuat laporan polis dan lelaki India yang begitu biadap itu diambil tindakan mengikut undang-undang. – MYNEWSHUB.MY
Post a Comment