Kenangan ketika Arwah memegang tangan Anak Syurganya Raiyan Mikhail |
"Abang, 7 Mei 2016, berakhirlah segala penderitaan abang di dunia ini. Semoga abang tenang di sana. Na berjanji yang Na akan jaga amanah abang ini sebaik mungkin. Kini hanya anak-anak tempat Nak bergantung kasih.
Keadaan arwah Johari ketika menderita penyakit kanser tahap empat |
Gambar ketika sihat
"Na rindukan abang, terlalu cepat abang pergi meninggalkan kami semua. Nak belum bersedia abang, tetapi Na redha dengan apa yang terjadi. Na akan simpan semua kenangan kita selama ini. Takkan sesekali Na lupa.
"Abanglah suami, kawan dan tempat Na mengadu selama ini. Na tahu, Na bukanlah isteri yang sempurna, banyak kekurangan Na selama ini. Tetapi abang tetap setia hidup dengan Na.
"Abang, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir abang pada Na, "Abang sayang Na..". Na sedih bang, selepas ini Na takkan dengar lagi kata-kata itu dari abang.
"Terima kasih abang sebab menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik buat Na dan anak-anak. Na dengan anak-anak sayang abang sangat-sangat. Kami akan selalu kirimkan doa buat abang di sana. Semoga abang ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Amin.." katanya.
Ketika Arwah menyambut hari lahirnya pada 19 April yang lalu |
Pemergian arwah Johari Hasim meninggalkan isteri dan dua orang anaknya, yang mana salah seorangnya adalah 'anak istimewa' (Cerebral Palsy).
Puan Noorshafina tidak bekerja untuk menjaga anak dan suaminya kerana perlu berada disamping kedua-dua insan tersayang itu sepanjang masa.
Ucapan Takziah dari kami dan semoga Noorshafina sekeluarga, redha dan tabah untuk meneruskan liku-liku kehidupan di hari-hari yang mendatang.
Post a Comment