Sambutan Hari Ibu semalam pastinya disambut dalam pelbagai cara di seluruh dunia.
Salah satu perkongsian dari Oya Suria cukup menyentuh perasaan di mana beliau berkongsi saat hiba dan bersama suaminya.
Hari ini adalah satu pengalaman yang tak dapat saya dan suami lupakan...
Sempena Hari Ibu, kami rasa sangat bertuah dapat meraikan Hari Ibu bersama ibu-ibu yang mempunyai anak-anak pengidap Kanser di Institut Pedriatik Hospital Kuala Lumpur. Anak-Anak ini adalah penghidap Kanser tahap 3 & 4.
Sebak...gembira...dan mcm2 perasaan sewaktu berada disana.
Kami menyanyi di dalam wad KK3, berjalan dari wad ke wad yang ada, sambil sampaikan mawar putih dan lagu "Mawar Putih Untuk Mama".
Dihujung2 tak dapat menahan sebak. 😔😔Semoga ibu-ibu ini tabah dan terus kuat menjaga anak-anak ini. Amin. 😔😔
Post a Comment