Amy Patutnya Duduk Sebelah saya bacakan Surah Yaasin - Yazit Search


Kumpulan Rock Legend Malaysia iaitu Search  masih belum reda nampaknya pertelingkahan yang timbul antara pemain drumnya dan anggota kumpulan yang lain.

Kedatangan Amy yang melawatnya di hospital menurut Yazit bukannya ikhlas tetapi hanya untuk mendapatkan perhatian pihak media sahaja.

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus. Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya beliau duduk sebelah bacakan saya Yaasin, kan lebih afdal tetapi hendak glamor juga”



“Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas,” katanya kepada Projek MMO ketika ditemui sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak.

 Amy sebelum ini pernah menyatakan kebajikan Yazit tidak pernah sekali-kali diabaikan ketika beliau berada di hospital,

,Sebagai bukti Amy telah  menunjukkan kepada pihak wartawan  media gambar ketika bersama Yazit di hospital.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted