GEMPAR!! Pengakuan Mbah Mijan Dukun Paranormal Indonesia Berkomunikasi dengan Arwah Enno


Mbah Mijan seorang pengamal perubatan paranormal yang terkenal di Indonesia yang dikatakan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan arwah yang telah meninggal dunia sempat membuat netizen berasa terkejut dengan dengan pengakuannya berkomunikasi dengan arwah Enno, yang dibunuh kejam oleh tiga orang yang dikenalinya dengan batang cangkul dirodok ke dalam kemaluannya hingga menempusi hati dan paru-parunya. 

Kerana turut berasa terharu dengan kematian tragis ini, membuatkan beliau berminat untuk melakukan komunikasi dengan arwah Enno. Dan hasilnya sungguh menegangkan.

Melalui akaun twitternya, pada Selasa, 24 Mei 2016 Mbah Mijan mendedahkan betapa tertekan dan tegang perasaannya ketika beliau hendak mengajak arwah Enno berkomunikasi. 

1. Pukul 00:30 adalah masa kegemaran saya, tak kecuali malam tadi. Setelah selesai solat hajat, hati mula bimbang antara mahu meneruskan atau membatalkan sahaja. 

 2. Saya kemudian bergerak dari sejadah ke sebuah kerusi dan kemudiannya menyalakan sebatang rokok. Setelah hisapan terakhir, saya masih belum bergerak dari kerusi tersebut. 

 3. Selepas 10 minit berlalu, saya sudah pun menghabiskan 2 batang rokok dan masih berasa ragu-ragu sama ada untuk meneruskannya, saya fikir berulang kali. 

 4. Jam sudah menunjukkan pukul 01:00 pagi dan saya tetap tak berganjak dari kerusi, hingga akhirnya terdengar jeritan "Aaaaaaaaaaa" yang begitu kuat sekali. Ya! jeritan itu membuatkan kedua biji mata saya terbeliak. Itu ,,, itu suara dia, Astagfirullah!!, dengan segera saya ke bilik mandi untuk mengambil wudhu. 

 5. Saya niatkan solat sunat ghaib 2 dua rakaat, kemudian tawassul dan dzikir. Dalam Hati tak boleh ditipu,Rasa ragu masih terus mengganggu fikiran. 

6. Setelah selesai tawassul dan dzikir , saya dapat merasakan ada tarikan kuat yang memegang tangan dan suara minta tolong terdengar lemah "Tolong saya!!" 

7. Bau darah yang segar begitu kuat sekali tercium, semakin lama semakin kuat. Jujur, dada saya bergoncang kuat dan perasaan hiba membuatkan saya kehilangan fokus. 

8. Dengan melihat luka di kemaluan, pipi dan luka robek di bahagian leher, malam tadi saya putuskan, hanya membaca surah Yasin sahaja yang sepatutnya perlu dilakukan olehnya. 

9. Tidak ada sebarang perbualan yang berlaku, waktu ritual semalam hanya saya habiskan untuk mengirimkan doa, hati ini tak sanggup melihat semuanya.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted