Muhammad Zukermi Edi, 25, bertekad mengubah hidupnya setelah menerima hukuman buang daerah selama dua tahun sewaktu beliau berusia 19 tahun kerana kesalahan menyertai kongsi gelap.
Tetapi kini beliau bergelar jutawan mudah hasil daripada perniagaan sabun anti-jerawat.
Terpaksa Lapor Diri 2 Kali Seminggu Selama 2 Tahun di Balai Polis
Beliau yang merupakan pesalah yang mernima hukuman buang daerah tidak dibenarkan untuk meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri dua kali seminggu di balai polis berdekatan
Apa yang lebih memeritkan lagi ialah keluarganya di Puchong, Selangor tidak mahu berhubung lagi dengannya.
Ketika di Rembau, beliau hidup dalam keadaan tidak tentu arah dan pelbagai kerja dilakukan bagi menyara kehidupan.
Umpama seorang Gelandangan
Mengenang kembali kehidupan lampau di situ, beg pakaiannya ditumpangkan di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila tiba waktu malam pula dia akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk tidur.
Muhammad Zukermi dipandang serong oleh masyarakat Rembau selama dua tahun kerana orang ramai mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.
Kembali ke Kuala Lumpur Selesai Hukuman Selama Dua Tahun
Setelah tempoh hukuman buang daerah itu tamat. Zukermi kembali Kuala Lumpur dan melakukan pelbagai kerja termasuklah menjadi penjaga tempat parkir kereta.
Ilham Ketika di Kafe Siber
Di belenggu suasana kehidupan di ibu kota sukar, Zukermi kemudian kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.
Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.
Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.
Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.
Berjumpa Ibu Bapanya Setelah Mula Berjaya
Selepas perniagannya berkembang, Zukermi lantas teringat kepada ibu bapanya. Zukermi kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.
“Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan percaya.
“Malah mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini,” katanya sebagaimana
sumber: Utusan Online.
Kongsi Kisah di Facebook
Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.
Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. “Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!”. Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Zukermi kini mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.
Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli. - Siakapkeli.my
Post a Comment