PADAN MUKA! Penumpang Uber Kenapa la Kau Tak Mati!! Komen Pemandu Teksi Bila Sebuah Kereta Uber Kemalangan


Begitulah kata-kata yang diucapkan oleh lelaki yang dipercayai seorang pemandu teksi yang telah memuat naik gambar-gambar sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dipercayai sebuah kereta Uber di laman Facebook group Teksi Malaysia dengan kapsyen berbunyi  

 "Akhirnya tumpas juga. Harap-harap kerajaan tak tahulah. Kereta pun kereta biasa, siapa percaya kalau cakap kereta sapu kan? Penumpang, kenapalah kau tak mati. Kalau tak, cepat sikit kerajaan buat keputusan," katanya yang berharap perkhidmatan teksiu Uber/GrabCar di negara ini diharamkan  oleh pihak kerajaan. 

Kapsyen tersebut mendapat respons dari ahli group tersebut yang seolah-olah menyokong kenyataan tersebut dengan kata-kata 'padan muka' terhadap pemilik kenderaan Uber itu yang terlibat dalam kemalangan itu. 

Namun begitu, terdapat juga komen dari seorang pemandu teksi yang mengecam kata-kata lelaki terbabit. 

 "Apa teruk benar perangai minta orang mati? Alahai, show some class la brother. Jijik betul driver macam kau ni. Macam ini ke taraf pemandu teksi Malaysia ini?" kata Sulaiman Ahmad.
Sikap dan perangai  yang ditunjukkan oleh lelaki yang memuatkan gambar tersebut rasanya akan membuatkan orang ramai kurang senang serta boleh menjejaskan imej pemandu- pemandu teksi yang baik dan bertanggungjawab。
pixel media

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted