Tiba-tiba Awek Cun Ni Bersilat.... Terkejut Makcik!!

Seram sejuk Makcik tu tgok ...baru nak buat calon menantu...risau kalau anak terunanya buat hal...x psl kena lesinggg.


Tiba-tiba Awek Cun Ni Bersilat.... Terkejut Makcik!! | Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan di Kempas, Johor Bahru bertambah menarik lagi apabila hadirin yang datang ke majlis tersebut apabila seorang gadis yang comel menggemparkan majlis dengan membuka langkah silat di hadapan pengantin lelaki yang duduk di kerusi. 

Menurut kebiasaanya di Johor, kehadiran pengantin lelaki akan disambut dengan "tol" oleh saudara mara yang akan menahan pengantin daripada terus bertemu dengan pengantin perempuan.

Pengantin lelaki akan diberikan sebuah kerusi tetamu dan menyaksikan persembahan silat pulut.
Silat pulut ialah istilah umum yang dipersembahkan semasa majlis persandingan di luar rumah. 
Biasanya persembahan sialt pulut ini dilakukan oleh kaum lelaki sahaja tetapi satu peristiwa yang jarang berlaku dapat dilihat dalam majlis ini di mana seorang gadis yang membuat persembahan silat.

Memang unik dan gambar ini telah disebarkan di laman sosial dan rata-rata netizen memuji kerana jarang melihat perkara ini.

Namun ada juga yang mempersoalkan sama ada gadis ini tidak patut bersalam dengan pengantin lelaki kecuali lah gadis ini memang mahramnya.


Tahniah kepada kedua-dua mempelai ini dan semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke jannah. Amin.


sumber: Friends of Johor

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted