BUDAK KENA LEMPANG TU..nama dia Hafiz... Baik dan rajin orangnya... Kisah disebalik kejadian..


SAMSENG TUA LEMPANG HAKIM.

Kisah Yang Sebenarnya.

1.Mangsa yang kena lempang tak pasal2 tiba2 tu adalah kawan aku yang dah macam adik angkat aku namanya Hakim, orangnya baik hati, rajin dan pendiam. Kejadian ni berlaku di Kuala Kangsar pada hari berkah Jumaat 28 Oktober malam lebih kurang jam 8 lebih. Sudilah baca kenyataan ni ya…

2.Hakim adalah sukarelawan mengutip derma dalam membantu pusat pengajian Al Quran sebuah Pondok xxx di Sungai Siput, Perak membina asrama pelajar dan unit bangunan kegunaan Pondok xxx. Apa yang Hakim lakukan adalah satu aktiviti berbentuk dakwah kebajikan yang sah dan TIADA LANGSUNG UNSUR PENIPUAN malah Hakim adalah seorang sukarelawan yang mendapat pengesahan, berdaftar dan ada watikah dari pihak yang berkaitan dalam mengerjakan amanah dakwah kebajikan yg dimaksudkan.    

3.Hasil maklumat dari penduduk2 Kuala Kangsar yang baik hati serta prihatin rupanya samseng tua itu pula juga adalah merupakan seorang Pengutip Derma yg kononnya dia mengaku bertindak bagi sebuah institusi yg terletak di Grik juga di Perak. Malangnya aktiviti samseng tua tu rupanya tidak mengikut saluran yg betul dan tidak mendapat pengesahan dari pihak yang berkaitan.

4.Oleh sebab samseng tua telah jalankan aktiviti tanpa kebenaran yg sah maka samseng tua tu telah mendapat amaran dan terima larangan dari pihak yg berkaitan supaya samseng tua hentikan aktiviti kutipan derma yg dijalankan samseng tua.

5.Samseng tua tu dengan fikiran fantasinya telah beranggapan dan menuduh Hakim yg kena lempang tu lah yang telah mereport kpd pihak yg berkenaan mengenai aktiviti tidak sahnya tu. Malah samseng tua juga telah menuduh dan memfitnah kononnya Hakim telah menelefon samseng tua dan menyamar sebagai wakil sebuah agensi yg berkaitan.

6.Jadi samseng tua pun dengan penuh kesamsengannya telah pergi berjumpa Hakim lantas memarahi dan berikan amaran Hakim tanpa usul periksa seterusnya telah melempang Hakim secara tiba2. Hakim adalah seorang yg baik hati dan amat menghormati orang tua malah Hakim cuba berikan penjelasan namun samseng tua semakin galak membuli Hakim.

7.Yang sebetulnya Hakim langsung tidak mengenali langsung samseng tua tersebut malah tak pernah ambik pot langsung akan apa saja aktiviti kutipan derma samseng tua tu dan takda kena mengena dan kepentingan apa2 langsung !

8.Cuba kita perhatikan betul2 percakapan samseng tua tu dalam video yg viral ni. Mula2 nya dia cakap lain namun selepas melempang Hakim dia tiba2 dia sengaja bercakap dgn kuat dgn niat memberi tanggapan pada org ramai kononnya Hakim adalah penipu, menyamar. Perhatikan betul2 dialog samseng tua tu.

9.Rumusan nya disini adalah samseng tua adalah seorang pengutip derma tanpa izin dan tidak sah. Samseng tua telah mendapat larangan agar tidak teruskan aktiviti tersebut dan samseng tua menuduh Hakim telah melaporkan perkara itu kpd pihak ygt berkenaan malah samseng tua juga menuduh Hakim telah menelefonnya dan menyamar. Samseng tua berperangai dengki dan busuk hati membuli org2 yg tak bersalah !

10.Setelah insiden berlaku atas sebab2 menjaga nama baik dan demi kebenaran satu laporan Polis telah dibuat. Org2 Kuala Kangsar yg prihatin banyak berikan sokongan moral dan mereka juga telah beritahu Hakim samseng tua tu yg tnggal di Kg Jahang memang terkenal sbgai seorang yg bermasalah banyak buat hal dengan orang ramai, pernah bergaduh dgn surau dan diketahui amat anti akan kerja2 dakwah ni.. wallahualam ni semua cakap2 orang ramai. Org Kuala Kangsar lah yg lebih arif akan hal ni.

11. Maaf semua saya tak pandai sangat nak menulis diharapkan penjelasan ni dpt berikan gambaran jelas apa sebenarnya yang berlaku. Buat samseng tua tersebut kamu telah menzalimi seorang yg baik jujur yg sedang kerjakan dakwah kebajikan namun atas sebab kamu dengki dan termakan hasutan syaitan kamu telah menganiaya dan memalukan Hakim seluruh negara. Semoga kamu insaf dan tidak zalimi sesiapa lagi selepas ini kerana kamu bernasib baik Hakim seorang manusia yg amat baik. Kalaulah org lain mungkin nasib kamu lain jadinya.

12.Akhir kata Hakim pesan nak ucapkan terima kasih kepada penduduk2 Kuala Kangsar, Rakyat Malaysia sekalian, Ustaz2, Kawan2, dan semua orang yg telah berikan sokongan moral kpd Hakim atas insiden ini. Kebenaran dan haq pasti tewaskan yg bathil in sya ALLAH. Kpd samseng tua tu Hakim hari tu ada juga tunggu nak jumpa tapi samseng tua pula yg tak datang. Semoga ALLAH sentiasa lindungi kita semua daripada samseng2 dan org2 jahat yg sentiasa mengambil kesempatan ke atas manusia yg lain.

Terima kasih semua.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted