HEBAT!!!! Tengok Macam mana Tentera Udara Singapura Ubah Jalanraya Yang Sibuk Jadi Landasan Untuk 12 Jet Pejuangnya..Mendarat dan Berlepas Dengan Pantas




Sebuah jalanraya yang kebiasaanya sibuk dengan  kenderaan bermotor iaitu Jalan Lim Chu Kang Road hari ini dan esok ia akan digunakan untuk tujuan yang sangat berbeza. 

Sejak dua hari lepas, para pekerja telah bertungkus lumur untuk memindahkan lampu isyarat dan perhentian bas bagi memberi laluan kepada pemasangan lampu lapangan terbang mudah alih dan penempatan sebuah menara kawalan trafik udara mudah alih. 

Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menjalankan Latihan Torrent di mana sebanyak 12 jet pejuang akan melakukan pendaratan dan berlepas di empat landasan - Lim Chu Kang Road dan tiga yang lain di Pangkalan Udara Tengah - secara berturut-turut. 

Jalanraya tersebut akan kembali normal pada hari Isnin, melalui latihan ini RSAF berupaya untuk menambahkan kapasiti pesawat di udara dengan pantas.

 "Melakukan pendaratan dan berlepas memberi banyak kelebihan bagi operasi sesebuah tentera udara," ujar Brigadier-General Gan Siow Huang, komander Generasi Command Air Power dan pengarah latihan.




















0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted