BARU LAH TAHU CERITA SEBENAR.. Semuanya Berpunca Perempuan Tu Bawak Gengster Serang Dan Maki Hamun Mak Dia

PIEYAN DARK


BARU LAH TAHU CERITA SEBENAR.. Semuanya Berpunca Perempuan Tu Bawak Gengster Serang Dan Maki Hamun Mak Dia | Berikutan tular di media sosial satu rakaman video seorang peniaga yang tak puas hati kerana ada peniaga lain yang membuka gerai air minuman di sebelah gerai mereka, lelaki yang dikenali dengan Pieyan Dark dalam video tersebut tampil memberi penjelasan.

Menurut Pieyan, sebenarnya peniaga tersebut sebelum ini telah terlebih menyerang mereka dengan membawa gengster bagi menakutkan mereka yang sedang berniaga ketika itu.

PIEYAN DARK

 "Video yang telahpun diviralkan itu adalah saya. Cerita di sebalik kes ini adalah tidak betul. Saya tidak akan membabi buta menyerang orang tanpa sebab.
 "Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari ketakutan," katanya.

PIEYAN DARK

PIEYAN DARK
Dr Fazley beli goreng pisang

Peiyan Dark turut memuat naik screenshot laporan polis berkaitan kejadian tersebut. Laporan pois tersebut telah dibuat oleh Kak Ton atau nama sebenarnya ialah Zaiton Harun.



Puan Zaiton telah dalam aduannya menulis, semasa mereka sekeluarga sedang berniaga di sebuah gerai tepi jalan di Jalan Ara SD 7/1 Bandar Sri Damansara, mereka telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dari gerai sebelah yang baru sahaja berniaga di kawasan itu lebih kurang seminggu.

 "Tiba-tiba lelaki itu menyerang saya dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun saya dan sekeluarga. Pada masa yang sama dia telah merakam kejadian perselisihan faham yang berlaku dan viralkan di Twitter.

 "Individu itu juga telah memburuk-burukkan perniagaan saya sehingga orang memandang serong terhadap saya di media sosial.

 "Selepas kejadian itu, individu berkenaan telah datang membawa gengster menyerang gerai kami dan mengugut kami sekeluarga berkenaan perniagaan kami," tulis Zaiton Harun dalam laporan polis yang dibuat semalam di Balai Polis Sri Damansara.

Kini Pieyan Dark menganggap kes tersebut telahpun diselesaikan serta berharap video itu tidak disebarkan lagi. -

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted