Menurut sumber, ahli Exco kerajaan negeri itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika hadir di Ibu pejabat SPRM, Johor untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan penahanan tersebut.
25 Februari lalu, akhbar melaporkan tujuh lelaki termasuk anak dan pegawai khas Abd. Latif ditahan kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan penyelewengan hartanah termasuk menukar status rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.
Susulan itu, Abd. Latif memohon cuti dalam kerajaan negeri untuk membersihkan nama ahli keluarga dan pegawainya bermula 1 Mac lalu.- UTUSAN ONLINE