Paul Pogba Penyerang Manchester United Kerjakan Umrah Raikan kejayaan Jadi Juara Liga Europa
SELASA lalu Paul Pogba, 24, berjaya membawa Manchester United menjuarai Liga Europa, seterusnya menempa tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Bahkan beliau juga mencipta satu gol yang menguburkan impian Ajax bergelar juara ketika perlawanan di Stockholm, sekali gus menyaksikan United menjulang trofi ketiga mereka musim ini.
Sebaik selesai, ternyata Progba tidak mahu berterusan dalam sambutan kemenangan itu. Hanya berselang beberapa hari, bekas pemain Juventus itu dilapor sedang mengerjakan umrah dan kini berada di Mekah, Arab Saudi.
Lapor Daily Mail, sejumlah foto daripada peminat memperlihatkan pemain termahal di dunia itu sedang melakukan ibadat tawaf, mengubah potongan rambutnya dan mengenakan ihram.
Daripada posting terakhir Pogba di Instagram, pemuda dari Perancis itu sempat berkongsi kemeriahan berpuasa di Mekah sempena Ramadan.
Post a Comment