NAK TAHU KENAPA DIA LEMPAR SELIPAR... " Viralkan Jugak Penjelasan Saya" - Pemandu Proton Persona

Viralkan Jugak Penjelasan Saya" - Pemandu Proton Persona


Viralkan Jugak Penjelasan Saya" - Pemandu Proton Persona

Satu rakaman video yang tular di Facebook memaparkan seorang wanita melempar selipar pada kereta seorang pemandu kerana berasa tidak puas hati kerana ditegur merampas parking yang telah ditunggu hangat diperkatakan.

 Kejadian tersebut telah berlaku di Bazar Ramadhan, Kuah, Langkawi kira-kira jam 7 petang Selasa lalu.

Menurut Lim, pemandu Proton Persona itu telah merampas parking, menyerang keretanya dan menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka.

 Video yang dimuat naik Lim H. En itu semalam juga telah ditonton lebih 2 juta kali dan dikongsi 33,166 pengguna Facebook. 




 Menurut Lim, sebelum kejadian itu berlaku, dia sudah menyalakan lampu isyarat sebagai tanda mahu mengambil parking tersebut. 

Namun, belum sempat masuk ke parking itu tiba-tiba datang kereta yang lain memasuki parking berkenaan. 


Berikut adalah perbualan mereka


 Lim: Ini parking kami sudah tunggu lama. 

Lelaki Persona: Aku masuk ikut belakang, you tunggu depan. 

Lim: You tau undang-undang tak? I sudah bagi signal, hon you sudah, you masuk lagi. 

Lelaki Persona: You ada lesen? 

 Lim: Memang ada lar. Parking banyak, kenapa nak ambil parking ini? 

Lelaki Persona: Parking banyak, you pergi cari lain. 

Lim turut memuat beberapa keping foto keadaan bahagian pintu depan dan belakang sebelah kiri keretanya turut dihentak oleh wanita yang berasama yang dipercayai isteri kepada lelaki pemandu Proton Persona.




 Selain itu isteri lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat jari tengah sebelum membaling selipar ke arah cermin depan. 

 "Masing-masing bayar roadtax, tetapi kenapa perlu sampai jadi begini? Ini bukan soal bangsa tetapi ini masalah sikap individu. Kenapa perlu serang kami? Ini kan bulan puasa, malah kami juga menghormati bulan mulia anda," tulisnya. 

Satu laporan polis telah dibuat oleh Lim pada hari kejadian. Namun belum ada sebarang perkembangan positif. Beliau sedang memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang. 


VIRALKAN JUGAK PENJELASAN SAYA - Pemandu Persona


  Sementara itu, pemandu kereta Proton Persona itu pula tampil memberi penjelasan dari sebelah pihaknya. 

 "Kami sampai bazaar lebih kurang jam 7 petang. Saya ternampak parking dan tanpa fikir apa-apa saya terus masuk sebab nak kejar masa beli juadah berbuka puasa. 

Bila sudah siap parking, kunci kereta, saya terus jalan ke bazar. Pada waktu itu tiada sesiapa yagn datang menyapa saya. 

 "Kemudian saya ternampak pemandu Cina itu mengundurkan kereta dan membunyikan hon panjang sehingga membuatkan semua orang memandang saya. Saya pun terus pergi ke arahnya dan bertanya kenapa dia berbuat demikian. 

 "Dia kata, 'Itu parking saya! Bawa kereta tak ada lesen ka?' dengan nada yang marah. 

Saya pula malas nak bergaduh dan terus berjalan ke bazar. Bila separuh jalan, saya pusing ke belakang dan ternampak dia sedang merakam gambar kami. 

 "Saya patah balik dan tanya kenapa dia merakam gambar kami? Namun tiada jawapan yang diberi dan dia terus kunci pintu dan tutup cermin kereta, serta menunjuk penumbuk kepada kami yang mencetuskan perbalahan di antara kami. 

 "Mungkin di dalam rakaman video itu kami nampak bersalah sebab video sebelah pihak sahaja, tetapi apa yang dibuat oleh mereka tidak pula ditunjukkan," tulisnya seperti yang tersebar di media sosial.

 Katanya lagi, dia menerima sahaja dengan hati yang ikhlas di atas komen-komen yang mencaci makinya dan memohon maaf sekiranya dia benar-benar bersalah. 

 "Tetapi jika dia yang bersalah, saya ingin dia membersihkan nama saya kembali. Viralkan juga penjelasan dari pihak saya seperti mana yang diviralkan oleh sebelah pihak Cina itu," tulisnya. - The Reporter

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted